nonacantek.instyle

Rini Zulkifli with Nona Cantek!

About Nona Cantek

view:  full / summary

Tentang NonaCantek

Posted by nonacantek on May 27, 2009 at 11:32 PM Comments comments (91)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Terima kasih kerana menyinggah di laman web ini.

Rini seorang gadis bertudung yang sangat mencintai fesyen tidak pernah menjadikan penampilan bertudung sebagai alasan untuk tidak boleh bergaya. Peminat adalah sumber inspirasi Rini, kerana ramai peminat khususnya kakak- kakak dan adik-adik ingin mencuba dan meminati cara Rini berpakaian.

Fesyen yang Rini gayakan walau kelihatan trendy, dalam masa yang sama Rini tetap menerapkan nilai-nilai ketimuran. Bagi Rini untuk kelihatan cantek dan menarik kita hanya perlu pandai memadankan pakaian, insyaAllah pakaian yang dipakai kita akan kelihatan lebih bergaya. Biasanya, untuk waktu casual, Rini akan padankan inner yang pelbagai warna, dan on top yang pelbagai fesyen digandingkan pula dengan selendang yang perlbagai corak dan warna mengikut kesesuaian. Tidak lupa jeans mengikut kesesuaian warna untuk kelihatan lebih lasak.

Sebagai penghargaan dan tanda ambil berat dan sayang Rini kepada anda semua, Rini sangat berbesar hati untuk berkongsi ilmu agar semua adik-adik dan kakak- kakak di luar sana akan dapat kelihatan cantek dan lebih bergaya serta yakin dengan penampilan yang digayakan.

Di laman web ini, Rini ada menyediakan, cara-cara memakai selendang agar boleh dipraktikkan oleh adik-adik dan kakak-kakak yang ingin memakai selendang.^_^

Semua koleksi baju yang terdapat di laman web ini adalah mengikut citarasa Rini.

Semoga dengan cara ini dapat membantu adik- adik, dan kakak- kakak yang masih buntu dan tercari-cari bagaimana cara untuk kelihatan cantek dan bergaya walau anda seorang yang bertudung.

Happy Shopping!

Wassalam.

 


Rss_feed